Shamim terpaksa guna khidmat rakan ganti pelakon. FOTO NSTP
Shamim terpaksa guna khidmat rakan ganti pelakon. FOTO NSTP
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Selepas sebulan ditipu, penyanyi Syed Shamim masih belum menerima sebarang reaksi daripada pelakon yang sepatutnya beraksi dalam video muzik lagu barunya, Hidupku Milikmu.

Menurut Shamim, insiden itu berlaku sebulan lalu dan dia mencadangkan nama pelakon itu kepada produksi.

€œBabaknya hanya di penghujung video muzikdan bayaran yang produksi tawarkan tidaklah setinggi mana.

"Bayaran pendahuluan sudah diberikan namun dia tidak muncul pada hari penggambaran. Sebelah paginya saya ada menghubungi untuk memaklumkan waktu penggambaran kerana babaknya adalah di sebelah petang.

€œKami tunggu berjam-jam lamanya tetapi batang hidungnya pun tak nampak malah langsung tidak dapat dihubungi,€ katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Shamim berkata pelakon yang juga bekas peserta program Dewi Remaja itu hanya menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada lewat petang bagi memaklumkan tidak dapat hadir kerana ada kecemasan.

"Saya dan produksi terpaksa menggunakan khidmat rakan yang berada di lokasi penggambaran bagi menggantikan pelakon ini.

€œSelepas sebulan, kami gagal menghubunginya kerana dia enggan menjawab panggil dan langsung tidak membalas mesej yang dihantar,€ katanya lagi.

Menurut Shamim, dia boleh terima sekiranya pelakon terbabit benar-benar ada kecemasan namun mengapa perlu mengelak daripada dihubungi.

"Kalau ada kecemasan saya faham tetapi bayar semula wang deposit produksi kerana itu duit mereka. Lagipun, dia tidak melaksanakan kerja seperti yang diamanahkan,€ katanya.

Jelas Shamim, ini bukan kejadian pertama kerana sebelum ini ada beberapa kru produksi memaklumkan pelakon itu sering menimbulkan masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 7:02 PM