KHAIRUL Idham Pawi. FOTO fail NSTP
KHAIRUL Idham Pawi. FOTO fail NSTP
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sekadar menduduki tempat ke-14, Grand Prix Sepanyol Kejuaraan Motosikal Dunia, hari ini.

Dia yang bermula dari petak ke-24 ketinggalan 35.746 saat di belakang Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) dan hanya berjaya memungut dua mata.

Pelumba Honda Team Asia itu yang muncul juara di GP Argentina menduduki tempat kesembila keseluruhan dengan mengumpul 27 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara dari pasukan Drive M7 SIC Racing, Adam Norrodin sekadar menduduki tempat ke-16.

Tempat kedua diraih Nicolo Bulega (Sky Racing Team VR46), manakala pelumba, ASPAR Mahindra, Francesco Bagnaia di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 6:34 PM