Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor (kanan) turut hadir.  - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor (kanan) turut hadir. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Jenazah Lans Koperal Azemir Sidu diusung untuk dikebumikan. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Jenazah Lans Koperal Azemir Sidu diusung untuk dikebumikan. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Shamsul Munir Safini

Bukit Mertajam: Jenazah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Lalang, Simpang Ampat, dekat sini, petang ini.

Dalam kejadian 5.45 pagi itu, Koperal Azemir Sidu, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD SPT cedera parah di kepala selepas terjunam dari jejambat Jalan Sungai Rambai di sini.

Difahamkan, mangsa menunggang motosikal dari Padang Lalang menuju tempat kerjanya di Jalan Perda Utama dan setiba di atas jejambat berkenaan, motosikalnya hilang kawalan menyebabkan Azemir terbabas melanggar pembahagi jalan di situ sebelum terjunam ke bawah.

Hadir sama di tanah perkuburan ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 6:10 PM