ANTARA warna yang digemari pasangan muda.
ANTARA warna yang digemari pasangan muda.

Salam deko. Pasangan muda pastinya teruja apabila pertama kali memiliki kediaman. Kebanyakannya dilihat lebih gemar menggunakan kombinasi warna neon dalam dekorasi. Sebenarnya era warna neon suad menguasai dunia dekorasi seawal tahun 80-an dan beransur-ansur ditinggalkan beberapa tahun kemudian.

Kini zaman warna neon seakan kembali kerana ramai pasangan muda gemar bereksperimen dengan ruang menggunakan kombinasi warna itu. Ia sememangnya terkenal dengan gaya pop art dan serba sedikit terbawa-bawa dalam sentuhan moden minimalis hari ini.

Pada masa sama warna itu turut terkenal dengan kesan cerah, ceria dan biasanya menarik perhatian. Selain itu warna terang dapat meningkatkan keunikan ruang.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan warna terang kerana ia boleh mendominasi dan merosakkan aura dekorasi. Namun, kreativiti boleh menggabungkan warna dasar yang gelap seolah-olah mewujudkan kombinasi seimbang pada ruang. Menerusi warna gelap, dekorasi ruang anda tentunya lebih menarik dan menonjol.

Ramai menggunakan warna neon hanya sebagai kombinasi dekorasi berbanding pada keseluruhan ruangan, tidak hanya untuk perabot atau aksesori hiasan semata-mata. Warna neon boleh diaplikasikan ke beberapa bahagian dinding atau pintu. Tapi jika anda masih buntu, lebih baik menggunakannya pada perabot atau aksesori saja.

Jika ingin menggunakan warna neon untuk sentuhan dekorasi, ingat bahawa warna itu kelihatan menarik apabila diaplikasikan hanya pada beberapa ruang tertentu, bukan sebagai warna dasar ruang. Serasi dan harmoni antara yang penting dalam menampilkan warna cerah ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 5:01 AM