Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abd Karim (tengah) dan Khalid bergambar bersama peserta Seminar Pegawai Kanan Polis Wanita 2016 pada majlis penutup seminar dua hari itu di Maktab PDRM Cheras. FOTO Ghazali Kori

Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif khas dengan menubuhkan pasukan "Child cyber sexual Investigation" bagi menangani masalah serangan seksual ke atas remaja perempuan dan kanak-kanak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jenayah ini dilakukan menerusi media sosial dan internet dengan melatih gadis dan kanak-kanak melakukan aksi seksual.

"Kes serangan seksual menunjukkan trend semakin meningkat membabitkan eskploitasi ke atas gadis dan kanak-kanak tanpa ada sentuhan fizikal daripada penjenayah.

"Kita sudah mengenal pasti modus operandi terbabit yang dinamakan "Cyber Sexual Grooming,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian penutupan Seminar Pegawai Kanan Polis Wanita 2016 di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Menurutnya, strategi paling biasa digunakan ialah suspek menggunakan laman sosial untuk memperdayakan mangsa dengan janji cinta yang tidak wujud.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 5:48 PM