FOTO hiasan
FOTO hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Yan: Kerajaan negeri rancang jadikan Kedah hab pendidikan sekolah pondok dan maahad tahfiz di negara ini pada masa akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kerajaan negeri yakin rancangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi dan peruntukannya akan dimasukkan dalam bajet tahun hadapan.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 19 sekolah pondok dan 52 maahad tahfiz sudah berdaftar dengan kerajaan meminta kerjasama daripada pengetua sekolah untuk menjayakan rancangan ini.

“Apa yang penting kita nak dekatkan sekolah pondok ini dengan kerajaan dan kita akan membantu dengan menyediakan bantuan dan melihat peningkatan dalam pencapaian pelajarnya.

“Jika mereka (sekolah pondok) tidak bersama dengan kerajaan rancangan ini (hab pendidikan) tidak boleh dijayakan,” katanyakepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan sekolahagama di Sekolah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah Batu 16 Kampung Padang Lumat, GuarChempedak, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu 11 sekolah agama rakyat (SAR) menerima bantuan yang akan diberikan kepada pelajar sekolah itu membabitkan peruntukan lebih RM17 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 4:56 PM