GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Oleh Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Tiga lagi kluster pendidikan baharu direkodkan di Kedah pada hari ini dan semalam, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo.

"Hari ini, 40 kes positif Covid-19 membabitkan pelajar Kolej Vokasional Kulim direkodkan. Ia diisytiharkan sebagai Kluster Dah Bunga Junjong.

"Semalam, kita catat Kluster Dah Jalan Stadium di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary yang mana 56 kes dilaporkan.

"Satu lagi kluster semalam adalah Kluster Dah Batu 16 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya), Yan yang merekodkan 19 kes," katanya dihubungi.

Sebelum ini, 11 kluster Covid-19 berkaitan pendidikan di Kedah direkodkan sehingga kelmarin.

Kluster berkaitan institusi pendidikan meliputi guru dan pelajar di Kedah mula direkodkan pada 11 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 6:12 PM