Hayati Ibrahim


Putrajaya: Pengasas Rayani Air Ravi Alagendrran tidak hadir ke sesi inkuiri di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini hari ini kerana dimasukkan ke hospital akibat pengsan.

Bagaimanapun, sesi itu dihadiri isterinya yang juga Pengarah Kewangan syarikat berkenaan Datuk G Karthiyani, kira-kira10 pagi ditemani seorang lelaki dipercayai kakitangan syarikat itu.

Karthiyani ketika ditemui sejurus sesi inkuiri selesai memaklumkan, beliau terpaksa bergegas ke hospital untuk melawat suaminya.

"Beliau (Ravi) pengsan... Maaf ye, terima kasih. Kami terima jawapan yang bagus, minggu depan ada satu lagi sesi inkuiri,"katanya ringkas.

Pada 11 April lalu, DCA menggantung sementara Sijil Pengendalian Udara Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Rayani Air sebelum ini berdepan dengan pelbagai isu sehingga mendapat rungutan penumpang, seperti pembatalan dan kelewatan penerbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 12:36 PM