Meraikan kedatangan 2015, sebagai penghargaan kepada wanita yang ingin tampil cantik dan menawan, L'Oreal Paris melancarkan kempen Beauty Countdown kepada pelanggan setianya bermula 1 November hingga 31 Disember ini.

Ini bermakna, setiap pembelian produk jenama ini memberi peluang kepada pembeli memenangi hadiah mingguan dan utama, sebuah kereta baru.

Sejak 105 tahun lalu, L'Oreal Paris menawarkan yang terbaik untuk kecantikan wanita dan lelaki untuk semua peringkat usia dan etnik. Setiap produknya disokong de­ngan kajian mendalam dan ujian bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatannya, menggabungkan komitmen padu ke arah teknologi terkini dengan inovasi canggih supaya setiap produk memenuhi keperluan dan keinginan penggunanya.

Tahun ini, jenama ini memenangi Anugerah Pelancaran Watsons Best MPP serta 15 anugerah Pilihan Konsumer Guardian. Selain itu, L'Oreal Paris memenangi anugerah perak pada Anugerah Putra Brand 2014 untuk kategori penjagaan peribadi.

Pengarah Pemasaran L'Oreal Paris Malaysia, Goh Sa Ki menyatakan rasa terujanya menyambut kempen ini apatah lagi dengan musim perayaan yang bakal menjelang.

Terdapat tiga hadiah harian untuk dimenangi iaitu hamper L'Oreal Paris bernilai RM100. Pengguna yang berbelanja tinggi akan memenangi hadiah menarik seperti barang kemas Poh Kong, peralatan dapur, iPad mini dan pemerah jus.

Mereka yang mengumpul paling banyak mata bakal membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta bernilai lebih RM100,000.

Untuk maklumat layari http://www.lorealbeautycountdown.com.my/

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 5:00 AM