Rambut sewajarnya dijaga dan diberi dandanan rapi menerusi produk bersesuaian.

Justeru, Himalaya memperkenalkan syampu Protein Gentle Care yang lembut dan sesuai untuk semua jenis rambut.

Dirumus sesuai untuk mereka yang aktif dan lasak, kandungan semula jadi bersama kandungan protein membantu menjadikan rambut lebih sihat dan kuat.

Bahan herba yang terkandung di dalamnya mengandungi ejen pembusa yang bertindak secara lembut pada kulit kepala ketika membersih supaya rambut lebih segar dan sihat.

Kebanyakan syampu mengandungi bahan kimia terutama bahan pengawet sintetik yang boleh mempercepatkan kerosakan akar rambut, tetapi syampu ini membantu dalam memudahkan proses rembesan minyak normal dari kulit kepala bagi memberikan kesihatan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Produk penjagaan rambut ini diperkaya dengan ekstrak kacang kuda, buah cermai, biji myrobalan hitam, eclipta, likuoris, henna dan badam yang membantu memberi kesan secara lembut pada kulit kepala bagi penggunaan setiap hari.

Ia boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya seluruh negara pada harga RM15.90 untuk 200ml dan RM24.90 untuk 400ml.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 5:00 AM