Rivaldo (kiri) bersama Ronaldo (tengah) meraikan kejayaan Piala Dunia 2002.
Rivaldo (kiri) bersama Ronaldo (tengah) meraikan kejayaan Piala Dunia 2002.
Guardian

Rio de Janeiro: Penyerang Brazil pemenang Piala Dunia Rivaldo memberitahu pelancong agar menjauhkan diri daripada Sukan Olimpik Rio disebabkan bahaya keganasan di kawasan kediaman.

Rivaldo mengirimkan amaran itu menerusi akaun Instagram dengan mengambil contoh kes seorang wanita berusia 17 tahun yang terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak minggu lalu.

“Keadaan menjadi semakin buruk di sini setiap hari,” tulis Rivaldo.

“Saya menasihatkan setiap orang merancang datang ke Brazil untuk Sukan Olimpik di Rio — lebih baik duduk di rumah.

Anda meletakkan diri anda dalam keadaan berisiko di sini.

Bagaimanapun kebimbangan sama pernah disuarakan sewaktu Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 tetapi kejohanan berlangsung tanpa sebarang gangguan atau aspek negatif menjejaskan penyokong pelawat. - Guardian

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 4:53 PM