SELESA bersukan.
SELESA bersukan.
SELESA bersukan.
SELESA bersukan.
DUA jenis pakaian sukan mengikut keselesaan pemakai.
DUA jenis pakaian sukan mengikut keselesaan pemakai.
PAKAIAN selepas bersukan juga penting dibawa bersama ketika bersenam.
PAKAIAN selepas bersukan juga penting dibawa bersama ketika bersenam.
myMetro

Selesa dan yakin ketika bersenam sering diberi perhatian selain menjaga kesihatan badan terutama dalam kalangan wanita.

Bagi mendapat keselesaan yang diinginkan, pemilihan pakaian bermula daripada hijab, baju dan seluar perlu diutamakan.

Bertambah penting apabila senaman yang dilakukan itu mungkin menyebabkan pengeluaran peluh yang banyak, sekali gus menyebabkan kurang keyakinan diri kerana bimbang memberi kesan kepada bau badan.

Jelas pengasas Nashata, Eliza Noordin yang aktif bersukan, rasa panas akibat mengenakan tudung rekaan biasa menyebabkan dia tidak selesa untuk melakukan aktiviti yang disukai.

“Saya sukakan gaya yang ringkas dan apabila bersukan, saya mengenakan tudung yang ada di dalam almari. Ia membuatkan saya berasa panas, sekali gus tidak selesa untuk meneruskan aktiviti larian atau sukan lain.

“Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan koleksi pakaian sukan dengan material selesa sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini, ada kalanya ia membuatkan saya malas untuk bersukan.

“Pengalaman yang dilalui itu memberi idea kepada saya untuk menghasilkan rekaan sendiri pakaian sukan yang sesuai dipakai wanita aktif sama ada untuk riadah atau latihan senaman yang lebih berat dengan selesa,” katanya.

Ujarnya, koleksi pakaian sukan terkini yang ditampilkan itu memberi tambahan kepada konsep hud kepala untuk menambah gaya menarik biarpun ketika bersukan terutama kepada generasi muda yang aktif.

Bertemakan pantai, pilihan warna yang diketengahkan juga tampak berbeza seperti biru firus dan kelabu yang kian menjadi trend dalam kalangan pelari.

Ciri yang sopan dengan penggunaan fabrik elastik iaitu mikrogentian poliester memberikan kesan ringan dan melancarkan sistem aliran udara agar badan terasa lebih sejuk.

“Wanita apabila bersukan mahukan keselesaan di samping mengekalkan penampilan yang cantik. Pada masa sama, mereka juga mahukan pakaian yang menutup bahagian tertentu seperti dada dan punggung agar selesa bersenam tanpa rasa malu.

“Bukan itu saja, kehadiran bau badan juga boleh dielakkan kerana menggunakan formula antibau pada helaian yang ditampilkan. Lebih menarik apabila material yang digunakan itu juga membuatkan pakaian cepat kering, sekali gus memberi keyakinan kepada si pemakai untuk mengenakannya sepanjang hari,” katanya.

Jelasnya, terdapat dua koleksi pakaian sukan di bawah jenamanya iaitu Riadah dan Ultra. Koleksi Riadah mengetengahkan potongan yang lebih labuh dan sedikit longgar.

Berbeza dengan koleksi Ultra yang ringan dan sesuai untuk pelari atau atlet kerana ia boleh dipakai dengan larian sehingga 50 kilometer dalam keadaan selesa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:01 AM