PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambut meriah setibanya di rumah panjang Faizal, Engkeramut sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambut meriah setibanya di rumah panjang Faizal, Engkeramut sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Shamran Sarahan


Kuching: Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) bersedia membantu Yayasan Hartanah Bumiputera (YHBS) Sarawak menguruskan hal ehwal pengurusan tanah dan hartanah membabitkan Bumiputera di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, YAHB yang dipengerusikan beliau ketika ini memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera menyertai pelaburan dalam hartanah.

Menurutnya, dana yang disalurkan melalui unit amanah dalam YAHB itu boleh dipraktikkan dalam YHBS bagi memastikan pegangan Bumiputera dalam pelaburan hartanah terus terpelihara.

"Kebanyakan aset Bumiputera terlepas kepada tangan pihak lain apabila sampai kepada generasi kedua dan ketiga.

"Melalui unti hartanahYAHB, kita berjaya melancarakan dana unit amanah ini melebihi RM3 bilion rdengan sambutajn Bumiputera yang sangat baik dan setiap tahun kita berjaya berikan dividen 6.5 peratus, ia juga boleh ditunaikan serta merta.

"Konsepini begitu menarik dan saya percaya YHBS boleh mengikut langkah ini dan kita sedia bantu," katanya ketika Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Hikmat Exchance di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kerja Raya Dartuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Perumahan dan Pelancongan SarawakDatuk Amar Abang Johari Abang Openg yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 6:07 PM