WAN Ahmad (tengah) menyaksikan Aishah (kiri) menyerahkan tugas kepada Mohd Zakaria (kanan) di majlis serah tugas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
WAN Ahmad (tengah) menyaksikan Aishah (kiri) menyerahkan tugas kepada Mohd Zakaria (kanan) di majlis serah tugas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor baru berkuatkuasa hari ini.

Mohd Zakaria, 55, yang berasal dari Klian Intan, Perak menggantikan Datuk Aishah Mohammad, 60, yang bersara wajib pada 4 Mei 2016.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Dewan Dato' Onn di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pagi ini.

Ia disaksikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Mohd Zakaria menggantikan Aishah yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor selama enam bulan.

Mohd Zakaria pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyiasat Kontinjen Kelantan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Ketua Jabatan Keselamatan Awam Kedah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 11:05 AM