ZAHIRAH teliti tawaran drama dan filem sepanjang tempoh berehat selama 2 minggu.
ZAHIRAH teliti tawaran drama dan filem sepanjang tempoh berehat selama 2 minggu.
Ridzuan Abdul Rahman


Setahun lalu, Zahirah Mac Wilson, 21, mengintai peluang mencanai bakat sebagai pelakon dan drama pertama yang dibintanginya adalah Tanah Kubur arahan Rashid Sibir.

Berkat kesungguhan mening­katkan mutu lakonan, puteri pelakon Zainol MacWilson ini mula menjadi rebutan penerbit dan pengarah.

Terbaru, anak sulung daripada empat beradik ini bakal terbabit dengan projek usahasama produksi tempatan dan Indonesia. Menerusi drama 150 episod berjudul Dia itu, Zahirah akan bergandingan de­ngan bintang Indonesia, Irwan­syah.

“Ikut perancangan, penggambaran akan bermula Oktober nanti dan ia drama paling panjang lakonan saya setakat ini.

“Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd ini diarahkan Eoon Shuhaini dan pembikinannya memakan masa selama 10 bulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:00 AM