Christinasia Mambang, 22, (kiri) dan Jessica Sangkan, 18, berjalan melintasi bendera Barisan Nasional (BN) di Rh George Chungot di Nanga Nansang, Pakan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Pakan menyaksikan pertandingan tiga penjuru. FOTO Bernama

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Petra Jaya: Biarpun, baru memasuki hari ketiga berkempen, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berpuas hati dengan kelancaran kempen jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Menurutnya, terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kejayaan kempen kerana masih berbaki kira-kira 10 hari lagi.

"Setakat ini saya berpuas hati dan kelancaran proses berkempen semua calon BN," katanya ketika sesi berjumpa media di sini, malam tadi.

Dalam sesi yang berlangsung selama kira-kira 20 minit itu, Adenan menjawab beberapa soalan yang ditanya wakil media berkaitan pelbagai isu.

Adenan turut mengulas mengenai pertembungan sesama pembangkang di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pertembungan itu menunjukkan ketidaksafahaman mereka.

"Ini perkara baik kerana ia akan memecahkan undi pembangkang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 2:44 AM