ADENAN ketika sidan media di Wisma Bapa. FOTO Nadim Bokhari
ADENAN ketika sidan media di Wisma Bapa. FOTO Nadim Bokhari
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Petra Jaya: Tiga belas perkara berkaitan pentadbiran dipersetujui dalam perbincangan fasa pertama proses penurunan kuasa antara Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri di Putrajaya, semalam.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam satu sidang media di Wisma Bapa hari ini berkata, antara 13 perkara yang dipersetujui dalam perbincangan itu ialah peningkatan pengambilan anak Sarawak dalam bidang perguruan bagi memastikan 90 peratus guru di negeri ini adalah anak Sarawak menjelang 2018.

"Turut dipersetujui mengenai memberi keutamaan kemasukan anak Sarawak dalam program ijazah kedoktoran di universiti awam bagi memastikan lebih ramai doktor di negeri ini terdiri daripada anak Sarawak.

"Malah persetujuan turut dicapai dalam konteks projek pembangunan iaitu pelaksanaannya perlu mengikut Pelan Pembangunan Lima Tahun Sarawak," katanya.

Adenan berkata, perbincangan proses penurunan kuasa fasa kedua membabitkan pertindihan kuasa antara agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, manakala Fasa ketiga mengenai pengurusan sumber termasuk royalti minyak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 6:02 PM