PETUGAS sukarelawan BN SUPP sibuk menjelang kempen PRN Sarawak. FOTO Yazir Razali
PETUGAS sukarelawan BN SUPP sibuk menjelang kempen PRN Sarawak. FOTO Yazir Razali
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Petra Jaya: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan wakil rakyat kaum Cina dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya parti itu menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Adenan berkata, dia bersedia mempertimbangkan perkara itu sekiranya calon SUPP menang besar dalam 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pilihan raya ini.

"SUPP mesti menang. Sekiranya masyarakat Cina mahu wakil mereka dalam kerajaan, tolong undi SUPP.

"Namun jika masyarakat Cina terus mengundi DAP, maka impian mereka untuk mempunyai wakil dalam kabinet negeri hanya tingga impian saja," katanya ketika Sesi Bersama Media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lama di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Adenan berkata, kerajaan negeri akan terus menghalang individu yang tidak dikehendaki masuk ke negeri ini terutama ketika musim pilihan raya.

"Kita tidak mahu pengaruh luar terutama fanatik politik mengganggu proses kelancaran kempen dan pengundian PRN-11," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 10:08 PM