LESLIE (tengah) memperkenalkan Peraduan Shell Advance Power On 2016.
LESLIE (tengah) memperkenalkan Peraduan Shell Advance Power On 2016.

Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkenal di Malaysia, menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah menarik dalam Peraduan Shell Advance Power On 2016.

Pemenang utama akan dibawa melancong ke Jepun dan lebih menarik, boleh menyaksikan barisan penunggang Malaysia beraksi dalam pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance di litar Twin Ring Motegi.

Shell Advance juga bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal, Givi dengan menawarkan pilihan barangan edisi terhad yang menarik sebagai hadiah sagu hati.

Pengurus Besar Shell Lubricants, Leslie Ng berkata, peraduan tahun ini pasti mendapat sambutan memberangsangkan kerana tiada jenama lain menawarkan ganjaran sehebat itu.

“Kami berharap penyertaan daripada peserta benar-benar kreatif bagi membawa mereka ke Jepun,” katanya.

Bagi menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli satu pek satu liter minyak enjin motosikal sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra, iaitu Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 bermula 1 April hingga 30 Jun, 2016. Maklumat lanjut boleh melayari www.shell.com.my/advancerace.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 5:01 AM