IHSAN Ibrahim Basir
IHSAN Ibrahim Basir
Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Peneroka FELDA Sungai Mas Kota Tinggi tidak menyangka kambing betina miliknya melahirkan anak berwajah pelik.

Peneroka, Ibrahim Basir, 63, berkata penemuan luar biasa itu disedari rakan kongsinya ketika memantau keadaan kandang di Kampung Baru Sungai Mas, kira-kira 11 pagi kelmarin.

Katanya, rakannya yang dikenali Jamaludin memaklumkan mengenai penemuan ganjil di dalam kandang kambingnya itu.

"Selepas diteliti didapati keadaan fizikalnya agak berbeza dengan anak kambing lain termasuk berhidung pesek, bermulut lintang dan berkaki pendek.

"Pada masa sama, anak kambing itu tidak mempunyai tali pusat seperti kambing lain baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia bercadang untuk merujuk perkara itu kepada Jabatan Pekhidmatan Veterinar dan sudah menyimpan anak kambing sudah mati itu dalam bekas polisterin bersama ais batu.

Katanya, penemuan ganjil itu pertama kali sejak mengusahakan ternakan itu pada 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 4:22 PM