DR Zakir memberi ceramah di program Nurturing Muslim Scholars. FOTO HAzreen Mohamad
DR Zakir memberi ceramah di program Nurturing Muslim Scholars. FOTO HAzreen Mohamad
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai: Kira-kira 1,000 penuntut dan pihak pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluangkan masa mendengar ceramah disampaikan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik di Kolej PERMATA Insan, di sini pagi ini.

Dr Zakir yang tiba pada 8 pagi terlebih dulu bersalaman bersama pihak pengurusan universiti sebelum menyampaikan ceramah mengenai pembangunan Islam.

Sebaik ceramah 10 minit itu berakhir, Dr Zakir memberi peluang kepada kira-kira 10 pelajar kolej untuk mengajukan soalan.

Setiap jawapan diberikan pendakwah itu mendapat tepukan gemuruh tetamu yang berpuas hari dengan penerangan.

Hadir sama program itu Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr Musa Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 1:06 PM