myMetro

Kuala Lumpur: ECS ICT Berhad (ECS), syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan berkaitan industri informasi dan teknologi maklumat (ICT) menyasarkan segmen korporat sebagai pengguna siri produk dron terbaru jenama DJI iaitu Phantom 3, 4 dan Osmo.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Soong Jan Hsung berkata, pengenalan dron terbaru itu mewujudkan peluang baru bagi perniagaan dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah, tinjauan dan pemetaan, pertanian, keselamatan dan sinematografi.

“Ketika ini, dron mengalami perubahan daripada hobi kepada peluang komersial,” katanya pada pelancaran dron jenama DJI di sini, semalam.

Phantom 3 dan 4 adalah dron pengguna pintar yang sesuai untuk pengguna baru atau pakar manakala Osmo ialah drone yang memiliki kamera 4K beserta teknologi penstabilan. Phantom 4 adalah dron pintar pertama di pasaran menawarkan ciri-ciri seperti pengelak halangan (Obstacle Avoidance), penjejak aktif (ActiveTrack) dan terbang dengan satu petikan (TapFly).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 7:20 AM
 SOONG (kanan) pada majlis pelancaran dron DJI, semalam.
SOONG (kanan) pada majlis pelancaran dron DJI, semalam.