MD SALLEHIN.
MD SALLEHIN.
PRODUK seramik miniatur Legend Pottery mendapat sambutan kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa.
PRODUK seramik miniatur Legend Pottery mendapat sambutan kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa.
ANTARA miniatur daripada kraf seramik yang dihasilkan Md Sallehin.
ANTARA miniatur daripada kraf seramik yang dihasilkan Md Sallehin.
SETIAP produk dihasilkan menyerlahkan kreativiti tersendiri.
SETIAP produk dihasilkan menyerlahkan kreativiti tersendiri.
myMetro

Legend Pottery bukanlah satu nama asing bagi anda yang sering singgah di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay.

Selain pengunjung dari dalam negara, Legend Pottery turut terkenal dalam kalangan pelancong asing yang gemarkan produk miniatur daripada kraf seramik.

Hampir 12 tahun ‘bergelumang’ dengan tanah, Md Sallehin Md Noh, 36 pemilik Legend Pottery itu berkata selain boleh mempelajari teknik asas penghasilan seramik di sini, beliau turut menyediakan kelas serta menerima tawaran untuk membuat demonstrasi di luar.

Legend Pottery adalah premis yang menjual barangan cenderamata yang dihasilkan daripada tanah liat dengan harga serendah RM4 hingga RM7,000.

“Pengunjung begitu berpuas hati kerana jarang sekali dapat melihat proses pembuatan yang lengkap seperti ini di ibu kota ini.

“Selain bahan mentah yang mencukupi, pengunjung juga dapat melihat dengan teliti proses pembuatannya.

“Pada masa sama berpeluang menghasilkannya sendiri mengikut kreativiti masing-masing,” katanya.

Sekiranya pengunjung tidak gemar bermain tanah, mereka juga boleh mewarna atau menghias seramik.

Menyingkap detik awal terbabit bidang dalam bidang itu, Md Sallehin sebenarnya antara bekas pelajar Institut Kraf Negara dan mengambil jurusan Seni Kraf Seramik.

“Selepas menamatkan pengajian, saya mula mengasah bakat dan menggunakan pengalaman yang sedia ada dalam bidang ini.

“Ternyata usaha saya membuahkan hasil apabila pengunjung menerimanya dengan baik produk yang dihasilkan,” katanya.

Kebanyakan produk yang beliau hasilkan bermotifkan flora dan fauna termasuk motif Malaysia.

Produk seramik miniatur Legend Pottery mendapat sambutan kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa terutama bagi pelancong dari luar negara.

Uniknya Md Sallehin turut menghasilkan arca muka yang bermotifkan peribahasa termasuk 'mulut tempayan', 'mata duitan' dan 'lidah bercabang' melalui hasil seninya.

Ini secara tidak langsung dapat memberikan pelajaran kepada sesiapa yang melihatnya di samping turut menarik dijadikan hiasan dinding.

Produk lain yang turut mendapat sambutan adalah cenderamata termasuk magnet peti sejuk, bekas perhiasan dan replika congkak.

Pengunjung yang datang pasti membawa pulang cenderamata untuk dijadikan hiasan atau tanda ingatan.

Rata-rata pengunjung yang datang amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan Md Sallehin.

Maklumat lanjut di www.kraftangan.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 5:01 AM