Noorzainy (kiri) menunjukkan rokok seludup ditemui di FELDA Raja Alias Tiga. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Noorzainy (kiri) menunjukkan rokok seludup ditemui di FELDA Raja Alias Tiga. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Polis menemui 852 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM40,000 dipercayai diseludup bawah timbunan pelepah kelapa sawit diFELDA Raja Alias Tiga, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor, rokok itu ditemui ketika anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD) memburu sarang penagih di felda terbabit, jam 4.05 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui pelbagai jenama rokok disembunyikan di ladang berkenaan dipercayai untuk pasaran di daerah ini

"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat namun polis masih menyiasat lanjut termasuk dari mana rokok berkenaan diperolehi.

"Semua rokok berkenaan akan diserahkan kepada kastam untuk tindakan susulan," katanya pada sidang media selepas majlis terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 4:07 PM