FOTO Arkib NSTP/Fathil Asri.
FOTO Arkib NSTP/Fathil Asri.
Ismail Muhamad


Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Pembedahan berlangsung kira-kira sejam bagi merawat pendarahan di bahagian kiri kepala beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, Ahmad dilapor stabil, sedang berehat dan dalam pemantauan pakar.

Beliau dimasukkan ke HUSM, kira-kira 11.30 pagi semalam berikutan pendarahan di kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 12:06 PM