PESERTA Misi Everest UTM Tibet 2016 keluar dari bilik hotel sebaik gegaran berlaku. FOTO ihsan UTM
PESERTA Misi Everest UTM Tibet 2016 keluar dari bilik hotel sebaik gegaran berlaku. FOTO ihsan UTM
Rudy Fazrunisyam Samarudin

Johor Bahru: Lima anggota Misi Everest UTM Tibet 2016 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selamat dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan ibu negara Tibet, malam tadi

Dalam kejadian 10.05 malam (waktu tempatan), hotel penginapan anggota pendaki UTM di Lhasa bergegar sebanyak dua kali.

Jurulatih Misi Everest UTM Tibet 2016, Azim Afif Ishak berkata, gegaran pertama menyebabkan katil di bilik hotel bergegar dan disusuli gegaran kedua yang menyebabkan keseluruhan hotel bergegar.

Menurutnya, mereka bergegas keluar dari bilik masing- masing untuk berkumpul di luar bsngunan hotel bagi menyelamatksn diri.

Menurut Skynews, gempa bumi berukuran 7.0 magnitud dikesan oleh US Geological Survey berlaku di Myanmar.

"Kami dimaklumkan oleh petugas hotel bangunan yang menjadi tempat penginapan mampu menahan gempa sehingga 8.5 magnitud.

"Keadaan kini kembali tenang dan kami dibenarkan kembali ke bilik masing-masing," katanya yang dihubungi oleh Pegawai Pethubungan Awam UTM, Sabri Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 11:52 PM