KENJI  mendengar penerangan daripada Pengarah SV Prestige Sdn Bhd, Ryan Tham pada majlis pelancaran Pusat 3S Isuzu.
KENJI mendengar penerangan daripada Pengarah SV Prestige Sdn Bhd, Ryan Tham pada majlis pelancaran Pusat 3S Isuzu.
myMetro

Puchong: Isuzu Malaysia Sdn Bhd menyasarkan peningkatan 20 peratus jumlah kenderaan berkunjung ke pusat servis sepanjang tahun ini.

Pada tahun lalu, Isuzu mencatatkan 120,000 unit kenderaan datang melakukan servis dan untuk suku tahun pertama 2016 sejumlah 15 peratus diperoleh daripada jumlah disasarkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenji Matsuoka berkata, kepuasan pelanggan melalui khidmat selepas jualan adalah elemen penting dalam perniagaan automotif masa kini.

“Isuzu memperkenalkan beberapa langkah meringkaskan proses servis, pengedaran alat ganti dan khidmat sistem latihan untuk kemudahan pelanggan memilih produk bersesuaian dengan mereka,” katanya selepas majlis perasmian Pusat 3S terbaharu di Puchong Selangor yang diuruskan SV Prestige Sdn Bhd (SV Prestige), baru-baru ini.

Syarikat yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pasaran automotif tempatan itu membuka Pusat 3S Isuzu pertama pada 2014 di Balakong dan kurang daripada dua tahun pula, cawangan kedua di Puchong beroperasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 7:02 AM