Alias menerima hadiah daripada  Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad (gambar kiri) dan Alias bersama  Ruhaiza (gambar kiri). - Foto RAJA NORAINA RAJA RAHIM
Alias menerima hadiah daripada Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad (gambar kiri) dan Alias bersama Ruhaiza (gambar kiri). - Foto RAJA NORAINA RAJA RAHIM
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Harian Metro memenangi tiga anugerah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menghargai sokongan akhbar ini memberi liputan berterusan.

Tiga anugerah itu ialah Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Setempat diterima Ketua Biro Harian Metro Seremban Alias Abd Rani, Anugerah Penulisan Rencana Kategori Pendidikan dimenangi Ruhaiza Rusmin dan Anugerah Senandung Budi dimenangi bekas Ketua Biro Meor Riduwan Meor Ahmad.

Selain piala dan sijil penghargaan, Alias dan Ruhaiza turut menerima wang tunai RM500 yang disampaikan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Anugerah terbabit disampaikan pada Majlis Makan Malam Media 2016 di Hotel Palm Seremban di sini, malam tadi.

Pada majlis sama, Berita Harian turut menerima dua anugerah iaitu Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Sisipan dan Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Penyelidikan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 11:20 PM