Skuad Kim Swee perlu bersaing untuk mara ke pusingan kelayakan terakhir Piala Asia 2019. FOTO STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Skuad Kim Swee perlu bersaing untuk mara ke pusingan kelayakan terakhir Piala Asia 2019. FOTO STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Oleh Aziman Rosdi


Bukit Jalil: Skuad Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee sekali lagi terpaksa berdepan Timor Leste selepas diundi bersama dalam perlawanan play off kelayakan Piala Asia 2019 pada 2 dan 7 Jun ini.

Sebelum ini kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 yang berakhir bulan lalu.

Malaysia yang sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dan Timor Leste (ke-5) terpaksa bersaing dalam pusingan play off untuk mara ke pusingan kelayakan terakhir Piala Asia 2019.

Pada aksi kelayakan Kumpulan A tahun lalu, Harimau Malaysia yang ketika itu dibimbing Dollah Salleh seri 1-1 dengan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum Kim Swee membimbing pasukan menang 1-0 di Dili.

Antara pasukan yang turut bersaing dalam pusingan play off adalah Taiwan menentang Kemboja, Maldives menentang Yaman, Tajikistan menentang Bangladesh dan Laos dengan India.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 4:08 PM