ANWAR Syahrin (kiri) bersama Cheah melihat replika Aurora Melbourne Central.
ANWAR Syahrin (kiri) bersama Cheah melihat replika Aurora Melbourne Central.

Kuala Lumpur: UEM Sunrise Bhd, menerusi projek hartanah pertamanya di Australia, Auroran Melbourne Central menerima sambutan positif apabila lebih 95 peratus unit kediaman ditawarkan habis dijual hanya kira-kira dua minggu selepas pelancarannya di seluruh dunia.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, projek bernilai RM2.2 bilion itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap pasaran hartanah di negara terbabit.

Beliau berkata, kadar pembelian tinggi itu menandakan sokongan kukuh kepada usaha sulung UEM Sunrise di Australia dan kombinasi faktor seperti rekod kadar faedah terendah, pulangan menarik dan kadar tukaran asing berbanding dolar Australia menjadikan hartanah di negara itu lebih menarik.

“Aurora Melbourne Central, bukti terhadap komitmen berterusan kami dalam membina kediaman berkualiti tinggi di pasaran kami beroperasi.

“Syarikat juga berbesar hati dengan sokongan padu diberikan pembeli dan keyakinan kukuh daripada pelabur serta akan terus meneliti peluang di Australia semasa merancang pengembangan syarikat di rantau ini,” katanya mengenai perkembangan terkini projek hartanah pertamanya itu, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Komersial UEM Sunrise, Raymond Cheah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:10 AM