Pemain Perak, Nurridzuan (kanan) cuba melepasi pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Piala FA kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. FOTO BERNAMA
Pemain Perak, Nurridzuan (kanan) cuba melepasi pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Piala FA kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. FOTO BERNAMA
Oleh Aziman Rosdi


Selayang: Perak berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas mengalahkan Kuala Lumpur 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.

Dengan kemenangan agregat 2-0 itu, skuad Bos Gaurus kendalian Syamsul Mohd Saad menempah pertemuan dengan pasukan Liga Perdana PKNS FC yang menyingkirkan Sime Darby FC dengan agregat 7-2.

Perak bertandang ke gelanggang lawan dengan kelebihan satu gol hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Kuala Lumpur Mohd Helmi Remeli pada pertemuan suku akhir pertama di Ipoh 19 Mac lalu.

Aksi kedua-dua pasukan agak seimbang pada babak pertama namun skuad Bos Gaurus kendalian Syamsul Saad mendahului 1-0 menuju waktu rehat hasil rembatan pemain sayap Nurridzuan Abu Hassan.

Biarpun Kuala Lumpur cuba bangkit pada separuh masa kedua namun beberapa percubaan mereka gagal menemui sentuhan penyudah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 11:19 PM