FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
BERNAMA

Kapit: Bot ekspres yang beroperasi di Sungai Sarawak ketika ini mampu memuatkan kira-kira 100 orang penumpang dan maksimum 192 orang.

Sarawak mempunyai 55 sungai dengan jarak 3,300 kilometer di mana ianya banyak digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan.

Terdapat lapan terminal bot ekspres di negeri ini iaitu di Kuching, Tanjung Manis, Sarikei, Sibu, Kuala Baram, Limbang, Song dan Kapit.

Setakat ini, kira-kira 300 hingga 500 bot dan kapal pengangkut berulang alik di sungai-sungai di negeri ini setiap hari dengan melibatkan pengangkutan penumpang manakala selebihnya untuk mengangkut barangan keperluan untuk ke kawasan pendalaman.

Dianggarkan 1.6 juta orang menggunakan laluan sungai sebagai pengangkutan utama dalam setahun. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 5:49 PM