MANGSA ditemui tidak sedarkan diri oleh jirannya. FOTO ihsan pembaca
MANGSA ditemui tidak sedarkan diri oleh jirannya. FOTO ihsan pembaca
Siraj Mohd Zaini


Tanjong Karang: Lelaki ditemui mati di rumah di Taman Desa Mawar, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian 10.36 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang mengajar di sekolah menengah dekat sini ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang serta tidak berbaju di bilik air oleh jirannya.

Katanya, siasatan lanjut pasukan forensik menjumpai satu penutup warna merah dipercayai penutup tong racun berhampiran kepala mangsa serta satu botol racun jenis Hextar 2 di dalam baldi.

"Di bahagian dapur rumah menjumpai satu tong racun merah jenama Decide 41 yang tiada penutup.

"Terdapat juga sekeping resit pembelian dua racun iaitu 25 Mac lalu di dalam bakul sampah di ruang dapur," katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 5:58 PM