PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hadir pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di PULAPOL, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Saufi Hassan dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Najib berkata, jabatan itu ditubuhkan sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta menurunkan angka kematian.

"JSPT diwujudkan untuk mengurangkan masalah kemalangan jalan raya dan kematian.

"Pada tahun 2015 sebanyak 489,606 kes kemalangan dicatatkan dan 6,103 kematian. Jika jumlah kematian ini dikalikan dengan lima tahun akan penuh Stadium Negara," katanya ketika berucap sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, sebentar tadi.

JSPT adalah jabatan baru yang diwujudkan PDRM selain sembilan jabatan lain berfungsi menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 4:30 PM