Faisal Maidin, 38 (kanan) dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut mahu memukul bapanya dengan kayu. - Foto MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Faisal Maidin, 38 (kanan) dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut mahu memukul bapanya dengan kayu. - Foto MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang mengugut mahu memukul bapanya menggunakan kayu dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Faisal Maidin, 38, dari Jalan Kenanga, Batu Buruk, di sini mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, Faisal didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Maidin Embong, 63, menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan ketakutan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Kenanga, Batu Buruk, di sini, jam 9 malam pada 16 Mac lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 5:04 PM