Harian Metro


BERIKUT antara rangkuman berita dalam dan luar negara sepanjang hari ini. Jangan lupa temujanji kita setiap hari pada jam 7 malam hanya di Metro@7.

• Komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan,57, meninggal dunia di Hospital Selayang akibat angin ahmar, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

• Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun rentung dalam kebakaran rumah kayu dua tingkat di Miri, Sarawak

• Lelaki warga warga Jepun ditemui mati dalam keadaan bogel di rumahnya di Kondominium Danau Murni, Taman Desa, Kuala lumpur.

• Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Julai tahun lalu, untuk membela diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 6:59 PM