PENYANYI ratu rock, Ella  (tengah), kumpulan Bunkface bersama Man Kidal  dan pemuzik pada sidang media Konsert Ella 2016, Matic. FOTO Rohanis Abdul Shukri
PENYANYI ratu rock, Ella (tengah), kumpulan Bunkface bersama Man Kidal dan pemuzik pada sidang media Konsert Ella 2016, Matic. FOTO Rohanis Abdul Shukri
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Acara Flashmob Bersama Ella yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) direkodkan di dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya mengumpul 115 pemuzik petang tadi.

Persembahan sekitar enam minit itu meyaksikan Ratu Rock Malaysia menyampaikan lagu popularnya, Permata Pemotong Permata.

Selain Ella, pemuzik hebat Man Kidal mengetuai kesemua pemuzik lain yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Untuk rekod, Ella menerima penghargaan dengan sijil sebagai persembahan dengan jumlah pemuzik teramai di sidang media.

Acara Flashmob Bersama Ella anjuran Atlas One Events itu diadakan bersempena dengan Konsert Ella 2016 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April ini bermula jam 8.30 malam.

Selain Atlas One Events yang menjadi penganjur, Konsert Ella 2016 juga bergabung tenaga dengan MaTiC dan ASWARA selaku rakan strategik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 7:38 PM