San Francisco: Sekurang-kurangnya 14 cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir menjunam masuk ke dalam sungai akibat pokok tumbang merintangi landasan di Sunoi, Daerah Alameda, di utara California, hari ini.
Menurut Jabatan Bomba Daerah Alameda, empat cedera parah tetapi tidak membahayakan nyawa manakala 10 lagi cedera ringan.
Semua penumpang sudah dikeluarkan dari gerabak kereta api dalam perjalanan dari San Jose ke Stockton yang membawa 214 penumpang itu.