TAKIYUDDIN Hassan. FOTO fail NSTP Yazit Razali
TAKIYUDDIN Hassan. FOTO fail NSTP Yazit Razali
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: PAS menolak tawaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu membuat keputusan berkenaan kerana memiliki pendekatan dan gerakan sendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan

“Melihat kepada suasana politik, ekonomi dan sosial negara yang amat gawat disebabkan urus tadbir negara yang tidak keruan, maka PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), dana politik RM2.6 bilion, SRC International dan isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh Majlis Raja-Raja baru-baru ini” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, parti itu komited dengan pendekatan politik matang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 7:03 PM