PEMAIN PDRM  Andrezinho (depan) diasak pemain Pulau Pinang Syukur Saidin ketika perlawanan Sabtu lalu.
PEMAIN PDRM Andrezinho (depan) diasak pemain Pulau Pinang Syukur Saidin ketika perlawanan Sabtu lalu.
Oleh Bashah Zainol Abidin


Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe tidak bimbang kerana tidak dapat membariskan tiga tonggak utama ketika pasukannya berdepan cabaran Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Darulaman malam ini.

Menurutnya, beliau terpaksa mengetepikan khidmat ketua pasukan Khyrul Helmi Johari, Sandro Da Silva dan Arif Farhan yang mengalami kecederaan ketika berdepan Perak Sabtu lalu di Ipoh dan masih belum pulih kecederaan itu.

“Saya tidak ada pilihan lain kecuali mengetepikan Khyrul, Sandro dan Arif kerana mereka tidak dibenarkan beraksi oleh pegawai perubatan pasukan kerana perlu berehat bagi mengatasi kecederaan mereka.

“Saya juga tidak mahu tiga pemain ini memudaratkan lagi kecederaan mereka itu kalau beraksi pada perlawanan esok (malam ini) kerana kami akan bertemu Kelantan pada perlawanan Piala FA Jumaat ini dan kalau mereka cergas saya tidak akan teragak-agak untuk menamakan mereka dalam kesebelasan utama.

“Bagi meraih kemenangan mengatasi Kelantan pada perlawanan Liga Super esok (malam ini) pemain saya perlu menguasai permainan secara berterusan bukan hanya sekadar sekejap mampu dan kemudian kehilangan bola kerana ini akan membawa padah,” kata Cheng Hoe.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 8:20 AM