Ismail Sabri (tujuh dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah di Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW Zon Sabah di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
Ismail Sabri (tujuh dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah di Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW Zon Sabah di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Semua pegawai dan kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) digesa memantau setiap perkembangan projek di bawah kementerian itu bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu penting bagi membolehkan KKLW memantau sebarang kesilapan dan memperbetulkannya lebih awal.

"Setiap pembangunan atau projek yang dilakukan KKLW adalah untuk rakyat dan sudah tentu ia satu berita gembira buat mereka.

"Bagaimanapun, jika projek itu tidak dapat disempurnakan dengan baik berikutan tiada pemantauan berterusan dilakukan, ia boleh menjadi satu perkara yang sia-sia.

"Tidak ada guna peruntukan bajet yang besar diberikan kerajaan, jika ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik bagi kemudahan rakyat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kepada 233 kakitangan agensi di bawah KKLW Sabah dan Labuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 3:00 PM