TWEET Khalid dalam Twitter.
TWEET Khalid dalam Twitter.
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Polis akan memanggil penganjur kursus Marxisme Kilat untuk diambil keterangan selepas dipercayai cuba menghidupkan fahaman komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan penganjuran kursus ini dijalankan.

"Usaha menghidupkan fahaman komunis. @PDRMsia tidak akan membenarkan kursus ini dijalankan. Penganjur akan dipanggil," dalam kenyataan di laman twitternya, hari ini.

Kursus Marxisme Kilat dijadualkan berlangsung 20 Mac depan di Petaling Jaya.

Kursus yang dianjurkan ini terbuka kepada sesiapa sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 4:42 PM