BEKAS Setiausaha Agung UEFA itu  paling sesuai ganti tempat Blatter.
BEKAS Setiausaha Agung UEFA itu paling sesuai ganti tempat Blatter.
AFP

Paris: Pemimpin baru FIFA Gianni Infantino (gambar) dianggap ‘bukan ahli politik, bukan bintang’ tetapi beliau memiliki tahap kepimpinan yang dijangka mampu membawa badan induk bola sepak dicemari skandal itu ke tahap baru.

Peguam yang mampu menguasai pelbagai bahasa dan berusia 45 tahun itu dipilih Presiden FIFA yang baharu sekali gus menamatkan kontroversi melanda bekas pemimpin Sepp Blatter sepanjang 18 tahun memegang jawatan berkenaan.

“Beliau bukan ahli politik. Beliau bukan bintang. Dia cuma seorang yang teratur,” kata Pengerusi Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris Greg Dyke.

“Beliau mengendalikan UEFA dengan baik dan sudah tentu mampu menjadi Presiden FIFA.

“Saya rasa kita sudah boleh bersikap lebih optimis terhadap masa depan FIFA berbanding seminggu lalu, terutama selepas badan induk ini berdepan pelbagai masalah termasuk rasuah. Tapi, kini masa depan semakin cerah.”

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 8:18 AM