Akim dan Stacy pada majlis resepsi mereka di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar malam tadi.
Akim dan Stacy pada majlis resepsi mereka di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar malam tadi.
Redzuan Muharam


Johor Bahru : Majlis resepsi pasangan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia,Akim,25 dan Stacy,26 berlangsung dalam suasana penuh romantis di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, malam tadi.

Kedua-dua mempelai yang mengenakan busana berwarna coklat rekaan Raffiey Nasir tiba di perkarangan dewan kira-kira jam 8.45 malam dengan diringi motosikal berkuasa tinggi.

Pasangan itu disambut dengan iringan bacaan selawat, paluan kompang dan persembahan tarian zapin .

Majlis bertemakan tradisional Melayu itu dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan artis iaitu Farish Aziz, Black , Amy Search, Datin Alyah serta Soo Wincci.

Tetamu kehormat yang hadir pula adalah Ketua Polis Johor Datuk Wan Najmuddin Mohd.

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad sah menjadi suami kepada Ummu Syaikhah Stacy Anam, 26, di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu dengan dua kali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil walikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 10:42 PM