TERTUDUH duduk di ruang menunggu Mahkamah Majistret, Seremban 2. FOTO Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza
TERTUDUH duduk di ruang menunggu Mahkamah Majistret, Seremban 2. FOTO Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza
Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, memerintahkan seorang tabib Cina membela diri atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun, Disember 2014.

Tertuduh, Hoo Chee Liong, 35, diperintah membela diri di akhir pendakwaan selepas Majistret Siti Khairiah Abdul Razak mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 dan 10 Mac ini untuk prosiding membela diri selepas peguam A Partheeban memaklumkan anak guamnya akan memberi keterangan bersumpah di kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat mencabul kehormatan wanita berusia 21 tahun dengan meraba mangsa di bilik di tokong Cina di atas bukit Taman Nyior, Rahang, di sini, pada 25 Disember 2014, 2.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ainnan Mohd Rasid.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 6:56 PM