WARGA asing yang cuba meloloskan diri dicekup.
WARGA asing yang cuba meloloskan diri dicekup.
Oleh Rizanizam Abdul Hamid


Subang Jaya: Taktik ‘buat-buat’ solat kononnya bagi mengelak dicekup pihak berkuasa selepas terperangkap di dalam masjid ketika melarikan diri gagal menyelamatkan seorang lelaki warga asing daripada ditahan dalam satu operasi di sini semalam.

Turut ditahan dua rakannya berusia 20-an yang bersembunyi di dalam tandas masjid terbabit selepas usaha melarikan diri sejauh 200 meter menemui jalan buntu.

Itu antara aksi dilakukan beberapa pekerja asing yang diperiksa dalam satu operasi bersepadu membabitkan hampir 50 pegawai serta penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Imigresen Selangor di sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Imigresen Selangor Shahril Ibrahim berkata, seramai 85 pekerja asing diperiksa hasil serbuan di 10 restoran dan sebuah pusat beli-belah pada operasi bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 2 petang itu.

“Daripada jumlah yang diperiksa itu, 35 pekerja iaitu 26 lelaki dan sembilan wanita berusia 20 hingga 50 tahun ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 8:59 AM