Jogindhar didenda RM3,000 menyamar sebagai doktor sejak 2014. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Jogindhar didenda RM3,000 menyamar sebagai doktor sejak 2014. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Lelaki warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai doktor dan memperdaya pesakit, sejak 2014.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias mengenakan denda itu selepas tertuduh,P Jogindhar Sigh, 68, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu pesakit di Klinik Theesan dengan menyamar sebagai Doktor Ashok di No 18, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, Skudai di sini, antara 2014 hingga 18 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai masalah jantung dan kini menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua orang anak.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 2:53 PM