KHAIRIL pertama kali arah filem komersial.
KHAIRIL pertama kali arah filem komersial.
AZAD (tengah) antara pelakon utama.
AZAD (tengah) antara pelakon utama.
IZARA dan Maria dalam babak di Stadium Negara.
IZARA dan Maria dalam babak di Stadium Negara.
BABAK tarian antara paling sukar dilakukan.
BABAK tarian antara paling sukar dilakukan.
BATTLE Crew.
BATTLE Crew.
‘PERTARUNGAN’ Battle Crew.
‘PERTARUNGAN’ Battle Crew.
Syanty Octavia Amry


Pengalaman pertama kali menghasilkan filem komersial berkonsep tarian memerlukan kesabaran tinggi buat pengarahnya Khairil M Bahar.

Mengarahkan filem Showdown The Movie, Khairil berkata, dia yang sangat menitikberatkan soal lakonan dan perlu bersabar dengan setiap kerenah pelakon.

Apatah lagi, ini adalah filem pertama dia bekerja dengan lebih 100 pelakon di samping peralatan yang banyak dalam menghasilkan filem ini.

Satu pengalaman yang baru buat Khairil apabila filem keempat arahannya ini berbeza dengan filemnya sebelum ini.

Selain genre berbeza, Khairil juga berdepan cabaran berbeza, namun dia bersyukur kerana semua pelakon dan kru yang terbabit memberikan kerjasama baik.

Khairil berkata, cabaran paling besar tentunya babak menarik termasuk masalah cuaca.

“Ada satu babak penari beraksi di tepi pantai saya mula bimbang berikutan cuaca yang panas dan berjerebu akan memberi impak tidak bagus terhadap kesihatan pelakon.

“Mujurlah pada keesokan harinya semua mereka baik-baik saja. Penggambaran di Stadium Negara juga adalah cabaran besar buat saya. Mujur penari semua memberi kerjasama yang baik dan ia berjaya dilaksanakan,” katanya.

Cuba mengetengahkan dunia tarian filem ini turut diinspirasikan daripada filem Inggeris berjudul Step Up.

“Filem ini bukanlah untuk mengembalikan zaman kegemilangan dunia tarian, tetapi lebih kepada menunjukkan bakat tarian yang ada pada masyarakat kita.

“Sebenarnya ramai yang berbakat dalam tarian, tetapi kurang diberi pendedahan dan melalui filem ini dapatlah mereka menunjukkan aksi.

“Pelakon yang terbabit juga datang daripada latar belakang tarian. Walaupun nama mereka masih baru Reza Hasbi asalnya dulu seorang penari Bboy.

“Begitu juga dengan Izara Aishah yang mempunyai pengalaman menari. Justeru, saya tiada masalah dengan mereka dalam bab itu tambahan pula untuk bahagian koreografer saya dibantu oleh Pat Ibrahim dalam memastikan tarian mereka lancar,” katanya.

Selain Izara dan Reza, filem itu turut dibintangi Iedil Putra, Azad Jasmin, Maria Farida dan Jen Shukri.

Showdown mengisahkan sekumpulan penari yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Battle Crew’.

Mereka mempunyai impian untuk menyertai dan menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu ‘Showdown’.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, lagu popular Inilah Nasibku nyanyian kumpulan Nico turut dijadikan lagu tema untuk filem berkenaan.

Bakal menemui penonton di pawagam pada 7 April ini, Showdown tidak hanya memaparkan kumpulan penari untuk memenangi pertandingan, tetapi turut menerapkan sikap setia kawan dalam kalangan mereka.

Filem ini turut menampilkan lakonan Altimet, Linda Jasmin, Josiah Hogan, Betty Benafe dan pemenang Showdown the Series 2012 iaitu Giller Battle Crew!

Selain itu, ia turut menampilkan pelakon baru seperti Aiman Asmawar, Amirul Hadi, Jehan Shukri, Ajim Aris dan Ben Laden.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 8:48 AM