MLCC hantar  13 ahli  untuk menjadi marshal.
MLCC hantar 13 ahli untuk menjadi marshal.
Oleh Norfaisal Jahuri

Jasin: Mega Ledang Cycling Club (MLCC) terus menyokong penganjuran Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Asahan, namun kali ini bukan sebagai pesaing sebaliknya memberikan khidmat sebagai marshal perlumbaan.

Ahli jawatankuasa MLCC Mohd Hairul Zamri berkata, 13 ahli pasukan itu akan menyertai sirkit keempat kejohanan itu bagi memastikan kelancaran kejohanan.

Katanya, selepas beraksi di beberapa sirkit lalu, pasukannya mengambil keputusan membantu penganjur mengawal trek perlumbaan.

“Kami akan memberi khidmat berdasarkan pengalaman dalam beberapa kejohanan di Johor sebelum ini, malah peluang menjadi marshal Sabtu ini satu tawaran yang tidak mungkin dilepaskan apatah lagi dalam kejohanan besar seperti ini.

“Pasukan kami akan membantu kelancaran pelumba bersaing dan kita akan buat sebaik mungkin untuk penganjur,” katanya, di sini, semalam.

Hairul berkata, walaupun tidak beraksi, penyertaan MLCC lebih bermakna kerana membuat kelainan dari kebiasaan.

“Biasanya kami menyertai kejohanan MTB ini untuk bersaing dengan pasukan lain, tetapi kali ini kami datang untuk membantu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:09 AM