KEADAAN bas ekspress dan kereta selepas terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN bas ekspress dan kereta selepas terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Ruzaini Zulkepli


Ranau: Lelaki dan wanita parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung bas ekspress yang membawa 34 pelajar sekolah dari Sandakan di Jalan Pinasook, Kundasang, 1.40 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Affendy K Ramin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Bomba menerima panggilan pada 2.13 petang tadi, sebelum dua jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan.

"Berdasarkan maklumat awal, terdapat dua mangsa berusia 30-an tersepit dalam kenderaan serta sudah dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan," katanya.

Bagaimanapun, semua pelajar sekolah serta pemandu bas ekspress terbabit tidak mengalami kecederaan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 5:32 PM